PROGRAM ANAK KITA SPM 2025 | 27 FEBRUARI 2025 (KHAMIS) | BILIK MESYUARAT UTAMA SMKKK3
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan inisiatif Program Sokongan Pemulihan Pembelajaran –“ Program Anak Kita” Semarak Potensi Malaysia yang dikelolakan oleh Yayasan Hasanah dan dilaksanakan oleh Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM).
Inisiatif ini bertujuan melengkapkan
kebersamaan KPM dengan mandat kerajaan madani bagi memastikan tiada pelajar yang berdepan masalah pembelajaran pasca-akademik serta menangani isu keciciran pembelajaran literasi dan numerasi serta pada masa yang sama meningkatkan
peratusan pelajar layak menerima sijil SPM.
Pada khamis yang lepas, YBrs. Puan Noriah binti Jusoh (Pengetua SMKKK3) berbesar hati menyampaikan tablet untuk kegunaan 25 orang pelajar terpilih di bawah inisiatif Program Sokongan Pemulihan Pembelajaran –“ Program Anak Kita” Semarak Potensi Malaysia.
Semoga pelajar-pelajar dapat memanfaatkan sebaik mungkin pemberian tablet seterusnya meningkatkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Insya-Allah.