KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD KOTA BHARU UTARA 2025 | 4 MEI 2025 | LOKASI : SMK KEMUMIN & SMS FARIS PETRA



KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD KOTA BHARU UTARA 2025 | 4 MEI 2025 | LOKASI : SMK KEMUMIN & SMS FARIS PETRA
    Pada 4 Mei 2025 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak MSSD Kota Bharu Utara bertempat di SMK Kemumin dan SMS Faris Petra.
    Pada kejohanan ini, SMK Kubang Kerian 3 yang merupakan pasukan 'underdog' berbanding sekolah-sekolah lain, telah mencipta kejutan dengan merangkul kejuaraan pada kali ini mengulangi sejarah yang sama pada tahun 2015.
    Berikut merupakan keputusan perlawanan daripada peringkat kumpulan hingga ke perlawanan akhir :

 PERINGKAT KUMPULAN

⚽️SMK KK3 lawan SMK PENG CHEPA 2 (menang 1-0)
⚽️SMK KK3 lawan SMK KOTA BHARU (seri 0-0)
⚽️SMK KK3 lawan SMK RAJA SAKTI (menang 1-0)
        
            PERINGKAT PUSINGAN KE-2
⚽️SMK KK3 lawan SMK KOTA BHARU (menang 2-0)
PERINGKAT SUKU AKHIR
⚽️SMK KK3 lawan SMK ISMAIL PETRA (menang 1-0)
PERINGKAT SEPARUH AKHIR
⚽️SMK KK3 lawan SM SAINS FARIS PETRA (menang 2-0)
              
            PERINGKAT AKHIR
⚽️SMK KK3 lawan SMK BADANG (menang 1-0)🏆🏅🎖🏆🏅🎖

    Tahniah diucapkan kepada semua murid, barisan jurulatih dan pentadbir yang memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak SMKKK3. Penyertaan SMKKK3 dalam kejohanan ini telah menunjukkan komitmen tinggi daripada murid dan guru terlibat. Pasukan telah mempamerkan semangat juang yang tinggi dan disiplin yang mantap, membolehkan mereka merangkul gelaran Johan. Pencapaian ini amat membanggakan dan diharap menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.
TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH!🎉🎉✨️✨️🎉🎉