PROGRAM TADARUS PERDANA AL-QURAN SEMPENA HARI NUZUL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 | 17 MAC 2025 | MASJID AL-QUDDUS SMKKK3
Sekitar Program Tadarus Perdana yang melibatkan ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan guru-guru penasihat yang bersama-sama bertadarus serentak seluruh Malaysia.
Antara objektif program ini adalah untuk menggalakkan amalan membaca dan menghayati al-Quran dalam kalangan ahli Puteri Islam, menyemai nilai-nilai murni berteraskan ajaran Islam serta menyemarakkan penghayatan kerohanian sempena bulan Ramadan.