MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENGAGIHAN ZAKAT 2025 | 27 Mac 2025 (Khamis) | Dataran Ilmu & Dewan Muhammad Al-Fateh SMKKK3
Pada 27 Mac 2025, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Pengagihan Zakat 2025 bertempat di Dataran Ilmu dan Dewan Muhammad Al Fateh.
Majlis ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk memperkukuhkan nilai keagamaan dan kebersamaan dalam kalangan pelajar, guru, serta warga sekolah. Ia bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati keindahan Al-Quran melalui sesi khatam, tetapi juga menerapkan semangat berkongsi rezeki melalui pengagihan zakat kepada golongan yang memerlukan.
Diharapkan pelajar dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap ajaran Islam serta mempereratkan hubungan ukhuwah antara satu sama lain dalam persekitaran sekolah.